Monday, May 27, 2013

Cakap pasal kucing

Disebabkan rumah aku banyak kucing,nak cakap pasal kucing gak,minggu lepas 2 ekor anak kucing aku mati,sekor jatuh longkang,sekor lagi kene virus kot...kesian diorang(baik arwahnya,cantik pulak tuh) :( .Kucing aku ade yang buta naturally,mungkin sebab sakit mata,ada yang mata bengkak..(adoh..banyaknye dugaan)aku start suka bela kucing bila waktu aku kecik ada sekor kucing betina datang belakang rumah,waktu tu kakak aku kat belakang ngan aku and adik aku,tiba2 kucing tu datang dekat lepas tu gigit kaki kakak aku...lps tu kitorang bagi dia makan(mungkin dia lapar),lps tu dia blah,rutin die macam tu,lps tu beberapa hari lepas tu kitorang bela dia.kitorang start bela dia bila dia beranak kat mana entah lepas tu dia angkut sekor2 anak dia bawak kat rumah aku. terkejut kitorang tengok,mak aku suroh ambik kotak besar dan kain alas utk kucing tu,lepas tu okay..tapi kucing ni ada banyak sangat kesah dia.(oh ye.kitorang kasi nama dia Meow)anak pertama dia aku x ingat kesah,yang kedua mati kena serang serangga(kesiangnya,pon sangat cantik!!) and so on...riwayat hidup dia tamat pada tahun ni, tak ingatlah bila tarikh dia :( . selepas beberapa hari beranak(untuk kali terakhir)waktu tengah malam tu dia mengiau je x henti kat dalam bilik ngan kitorang nak tido(anak kucing selalu dalam rumah ngan mak dia).tengahari esok tu terus dia hilang x balik2.dh carik berhari hari x jumpa..so tamatlah riwayat hidup dia,anak yang terakhir dia 3 ekor,2 jantan 1 betina,yang survive sekor je yang jantan nama dia bengal,tamatlah keturunan Meow.(kitorang ada sekor lagi kucing betina nama dia MamaCat.dia beranak 4 hari lepas Meow beranak.so bila Meow xde kitorang berharap Mama jagakan anak Meow,mula2 x berjaya,tapi bila dh satukan diorang dalam sangkar,berjaya gak... nanti lah aku sambung (penat tulis)

No comments:

Post a Comment